|
 |
|
Saturday, March 01, 2008
Jala Emas Jala Perak - Episod 1

Untuk makluman semua... Siri Animasi Wayang Kulit Jala Emas Jala Perak - Episod 1 telah dipasarkan dan boleh didapati di kedai-kedai VCD berhampiran (Kelantan & Terengganu shj.)... selain itu boleh ditempah secara online melalui laman web kami di artm.com.my.
Posted at 12:08 pm by artmedia
Monday, January 28, 2008
Siri Animasi 'Wayang Kulit'
Dikir 'Wayang Kulit' Animasi
Artmedia Production sekarang ini dalam proses rakaman dan menerbitkan VCD terbaru cerita bersiri 'Wayang Kulit' dalam bentuk animasi.
Episod 1 'Jala Emas Jala Perak' kini dalam proses pembikinan. Tunggu Keluarannya pada Mac 2008 tahun ini.
Nantikan kemunculan watak-watak yang belum pernah dikeluarkan seperti Raja Seri Rama, Puteri Mayang Menghurai, Ratu Puyo Peranggi dan Mok Rima Terganga selain dari watak-watak yang ada dalam koleksi Dikir Artmedia Production (Said, Wok Yoh, Samad dsb).
Posted at 11:44 pm by artmedia
Tuesday, January 15, 2008
Produk-Produk Artmedia Production
VCD PRODUK-PRODUK ARTMEDIA PRODUCTION DI PASARAN Boleh diperolehi secara online melalui Laman Web Artmedia Production

1. DIKIR FANTASI 2 (2007) Judul : Suko Hati... Edaran : Sri Tanjung Production Penyanyi : Soupi, Badul, Norin, Megat Azmi. Animasi : Wok Yoh, Samad, Said, Tok Nek Bea, Tok Wea, Abe Mat Lembu Chalole, Nik Rohani & Nik Rohana.
|
1. Menu Susunan Lagu 2. Suko Hati - Soupi 3. Gere - Badul 4. Adik Kasih Abe Saye - Norin 5. Berebut Lembu - Megat Azmi 6. Mama - Norin 7. Nasik Minyok - Soupi 8. Hantu - Badul
|
|

2. DIKIR AUDITION (2007) Judul : Dikir Audition Edaran : Sincere Musical Trading Animasi : Wok Yoh, Samad, Said & Nik Rohani.
|
1. Menu Susunan Lagu 2. Sketsa Wok Yoh Samad Said - Soupi 3. Teliur - Soupi 4. Suko Samo Suko - Adik Alif & Elin 5. Nyior Manis - Adik Alif 6. Masih Sore Diri - Elin 7. Minak Ko Ore Tino - Sheqa 8. Ore Lawa - Soupi

|
3. 4 TERHEBAT (2007) Judul : To'leh Nak Tidur Edaran : Sincere Musical Trading Penyanyi : Megat Nordin, Cikgu Sulizi, Stapo & Zaidi Buluh Perindu.
1. Menu Susunan Lagu 2. To'leh Nak Tidur - Sulizi 3. Sekali Demo Senyum - Zaidi 4. Tok Ke Tokleh Tegur Lansung - Stapo 5. Cari Teme Hidup - Megat Nordin 6. Bakpo Demo Ni Brona - Stapo 7. Bini Payah Ajar - Megat Nordin 8. Bui Ambil Belaka - Sulizi 9. Aku Cinta Padamu - Zaidi 10. Tak Seko - Zaidi 11. Sedih Raso Hati - Megat Nordin

4. JOM DIKIR (2006) Judul : Tibo-Tibo Tembok (karaoke) Edaran : Sincere Musical Trading Penyanyi : Azizie, Pooja, Ab Rahim, Rosalinda.
1. Tibo-Tibo Tembok - Azizie 2. Buak Tok Supo Janji - Rosalinda 3. Abe Chemburu - Pooja 4. Ku Di Penjara - Azizie 5. Pacat - Pooja 6. Perangai Joli - Rosalinda 7. Anok Tok De Besar - Pooja 8. Mandi Kembang - Azizie 9. Challeja - Ab.Rahim 10. Buah Di Hujung Dahan - Azizie |
|

5. DIKIR FANTASI (2006) Judul : Dikir Fantasi Edaran : Sri Tanjung Production Penyanyi : Adik Wani, Badul, Ezreen, Yoo & Ramli Raja Laut. Animasi : Wok Yoh, Samad, Said, Tok Nek Bea, Tok Wea & Nik Rohani.
|
1. Menu Susunan Lagu 2. Beruk - Badul 3. Joget Wayang Kulit - Adik Wani 4. Kucing Hutan - Yoo 5. Belon - Ezreen 6. Gilo-Gilo - Badul 7. Do Re Mi - Adik Wani 8. Pisau Cukur - Ramli Raja Laut
|
|

6. DIKIR FROG (2006) Edaran : Sincere Musical Trading Penyanyi : Fakri, Fiza & Julie Animasi : Wok Yoh, Samad & Said.
1. Dikir Frog - Fakri 2. Atromen - Fakri 3. Tegamok demo - Fakri 4. Hanya mimpi - Fiza 5. Bahtera Merdeka - Julie 6. Terbayang - Julie 7. Jange Leko _ Fiza 8. Sebok - Fakri 9. Sukonyo Ambo - Fiza 10. Janji Abe - Julie |
|
VCD ini boleh diperolehi secara online melalui Laman Web Artmedia Production
Posted at 05:50 am by artmedia
Permalink
Tuesday, January 01, 2008
Blog untuk Artmedia Production
Pada januari 2008 ini, kami dah daftarkan satu blog untuk Artmedia Production mencatitkan peristiwa dan aktiviti yang berlaku di sepanjang penglibatan kami termasuk perkara shooting, ceramah, konsert, pelancaran dan sebagainya.
Semoga dapat dikongsikan bersama.
Posted at 12:18 pm by artmedia
Permalink
Friday, June 15, 2007
Artmedia Production - The Beginning...
SEJARAH
Penubuhan awal Artmedia Production bermula pada tahun 1997, di mana pada masa itu kami mendapat tawaran untuk menyediakan modul pembelajaran secara online untuk sebuah organisasi pendidikan. Pada masa itu kami menubuhkan Artmedia Graphic dan skop projek kami menjurus kepada bidang e-Learning dan Smartschool (Sekolah Bestari). Bagaimanapun kami semua membawa haluan masing-masing pada tahun 2000 setelah projek tersebut berjaya disiapkan.
Pada tahun 2004, beberapa anggota Artmedia Graphic kembali bergabung tetapi bernaung di bawah sebuah syarikat multimedia dengan menggunakan nama M-Station Sdn. Bhd. Projek pada masa itu lebih menjurus kepada bidang muzik video dan animasi.
Artmedia Production ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2007 setelah kami semua bersedia dari segi tenaga kerja dan kepakaran dalam bidang penerbitan audio video dan teknologi maklumat. Kini kami merupakan sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan perkhidmatan multimedia dan audio video digital yang pertama di Kelantan Darul Naim. Artmedia Production telah mengeluarkan produk seperti VCD Animasi, CD lagu dan juga klip Video berbentuk drama selain dari menyediakan kemudahan teknikal bagi tujuan rakaman dan konsert.
Artmedia Production dianggotai oleh mereka yang berpengalaman luas dalam bidang audio, video, multimedia, muzik, teknologi maklumat dan komunikasi bagi merealisasikan pengeluaran produk seni tanahair yang berteknologi tinggi kepunyaan bumiputera.
Artmedia Production buat masa ini memberi tumpuan kepada Lagu-lagu rakyat Kelantan terutama lagu berentak Dikir Barat yang turut digabungkan dengan sketsa Wayang Kulit dalam bentuk animasi dan juga video klip. Produk Artmedia Production banyak mendapat sambutan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung & Selatan Thailand kerana bahasa yang digunakan adalah dalam loghat Kelantan (wayang kulit).
Pada masa akan datang, Artmedia Production telah merancang untuk meluaskan lagi skop produksi audio video selain dari penerbitan album, animasi dan drama. Sekarang ini pun Artmedia Production telah membantu Pusat Penerangan dan Pelancongan (TIC) negeri Kelantan dalam promosi dan penerbitan video bagi sektor pelancongan. Artmedia Production juga akan melangkah setapak lagi untuk ke Astro, RTM dan KeKKWa (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia) untuk projek yang lebih mencabar.
Posted at 01:27 pm by artmedia
Permalink
|
|
|