Entry: Artmedia Production - The Beginning... Friday, June 15, 2007



SEJARAH

Penubuhan awal Artmedia Production bermula pada tahun 1997, di mana pada masa itu kami mendapat tawaran untuk menyediakan modul pembelajaran secara online untuk sebuah organisasi pendidikan. Pada masa itu kami menubuhkan Artmedia Graphic dan skop projek kami menjurus kepada bidang e-Learning dan Smartschool (Sekolah Bestari). Bagaimanapun kami semua membawa haluan masing-masing pada tahun 2000 setelah projek tersebut berjaya disiapkan.


Pada tahun  2004, beberapa anggota Artmedia Graphic kembali bergabung tetapi bernaung di bawah sebuah syarikat multimedia dengan menggunakan nama M-Station Sdn. Bhd. Projek pada masa itu lebih menjurus kepada bidang muzik video dan animasi.

 

Artmedia Production ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2007 setelah kami semua bersedia dari segi tenaga kerja dan kepakaran dalam bidang penerbitan audio video dan teknologi maklumat. Kini kami merupakan sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan perkhidmatan multimedia dan audio video digital yang pertama di Kelantan Darul Naim. Artmedia Production telah mengeluarkan produk seperti VCD Animasi, CD lagu dan juga klip Video berbentuk drama selain dari menyediakan kemudahan teknikal bagi tujuan rakaman dan konsert.

Artmedia Production dianggotai oleh mereka yang berpengalaman luas dalam bidang audio, video, multimedia, muzik, teknologi maklumat dan komunikasi bagi merealisasikan pengeluaran produk seni tanahair yang berteknologi tinggi kepunyaan bumiputera.

Artmedia Production buat masa ini memberi tumpuan kepada Lagu-lagu rakyat Kelantan terutama lagu berentak Dikir Barat yang turut digabungkan dengan sketsa Wayang Kulit dalam bentuk animasi dan juga video klip. Produk Artmedia Production banyak mendapat sambutan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung & Selatan Thailand kerana bahasa yang digunakan adalah dalam loghat Kelantan (wayang kulit).

Pada masa akan datang, Artmedia Production telah merancang untuk meluaskan lagi skop produksi audio video selain dari penerbitan album, animasi dan drama. Sekarang ini pun Artmedia Production telah membantu Pusat Penerangan dan Pelancongan (TIC) negeri Kelantan dalam promosi dan penerbitan video bagi sektor pelancongan. Artmedia Production juga akan melangkah setapak lagi untuk ke Astro, RTM dan KeKKWa (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia) untuk projek yang lebih mencabar.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments